fb fb fb fb fb

Raja Charles III berdepan protes 'Not My King'

(Raja Charles III bersalaman dengan orang ramai yang hadir
semasa lawatan baginda ke Milton Keynes/Foto Reuters)

LONDON, 17 Februari- Raja Britain, Raja Charles III berhadapan dengan sekumpulan penunjuk perasaan yang memegang sepanduk anti-monarki semasa lawatan ke Milton Keynes, pada Khamis.

Rakaman menunjukkan ketika baginda sedang bersalaman dengan orang ramai yang mengucapkan selamat sejahtera, sekumpulan penunjuk perasaan turut berdiri di tengah-tengah mereka yang hadir sambil mengangkat sepanduk tertera tulisan 'Not My King'.

Raja Charles III melawat Milton Keynes untuk meraikan status bandar baharunya.

Isteri baginda, Permaisuri Camilla diuji positif COVID-19 pada Isnin, dan membatalkan penglibatan awam secara terbuka untuk minggu itu, kata Istana Buckingham.-REUTERS

(Sekumpulan penunjuk perasaan memegang sepanduk tertera tulisan
'Not My King' semasa lawatan Raja Charles III ke Milton Keynes/Foto Reuters)

Media Baharu