fb fb fb fb fb

Gempa: Loji nuklear Fukushima tidak terjejas, kereta api laju Shinkansen tergelincir

(Pemandangan loji tenaga nuklear Fukushima Daini di bandar Naraha, Fukushima, Jepun
yang diambil oleh jurugambar Kyodo pada 26 Februari 2012/ FOTO REUTERS)

TOKYO, 17 Mac- Pihak berkuasa nuklear Jepun berkata tiada kejanggalan dikesan di loji nuklear Fukushima yang sebelum ini terjejas teruk akibat gempa 2011, manakala pam untuk kolam penyejuk di beberapa reaktor dihentikan buat sementara waktu tetapi beroperasi semula sejurus selepas itu.


Beberapa kerosakan dilaporkan, termasuk tembok batu runtuh di tapak istana Aoba di bandar Sendai, dan kereta api peluru Shinkansen tergelincir di utara bandar Fukushima.

Tiada kecederaan dalam kejadian tergelincir itu, tetapi 75 penumpang dan tiga kakitangan di dalamnya terperangkap selama empat jam sebelum dapat melarikan diri dari kereta api.

Seorang pegawai di jabatan kecemasan kerajaan tempatan Ishinomaki memberitahu AFP semalaman dia telah dikejutkan oleh gegaran yang kuat.

"Saya mendengar bunyi gelongsoran tanah yang kuat. Dalam menenagkan rasa takut, saya terus teringat Gempa Besar Jepun Timur," katanya merujuk kepada bencana 2011.

(Imej dron menunjukkan kereta api laju Shinkansen tergelincir di Shiroishi, wilayah Miyagi, selepas gempa bumiĀ 
berukuran 7.3 magnitud menggegarkan timur Jepun pada malam sebelumnya/FOTO AFP)

Kedudukan negara Jepun yang berada dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik di pertemuan tiga plat tektonik, menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang sering mengalami bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, ribut taufan dan letusan gunung berapi.

70% sehingga 80% keadaan muka bumi Jepun yang bergunung-ganang menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang sering mengalami kejadian tanah runtuh apabila berlakunya hujan lebat.

Negara ini kerap dilanda gempa bumi, tetapi masih dihantui ingatan malapetaka 2011 yang menyebabkan 18,500 orang maut atau hilang, kebanyakannya dalam tsunami.

Di sekitar loji Fukushima yang terjejas, kerja-kerja pembersihan meluas telah dijalankan, dan zon larangan kini meliputi hanya 2.4 peratus wilayah itu, turun daripada 12 peratus, walaupun populasi di banyak bandar kekal jauh lebih rendah berbanding sebelum 2011. -AFP

Media Baharu