fb fb fb fb fb

Kanak-kanak pandu pikap rempuh van, sembilan maut di Texas

TEXAS, 18 Mac- Seorang kanak-kanak berusia 13 tahun yang memandu pikap bertembung dengan sebuah van di Texas, mengakibatkan sembilan maut termasuk enam ahli pasukan golf universiti di New Mexico dan jurulatihnya, kata Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (NTSB).

Kemalangan di barat Texas pada Selasa lalu juga menyebabkan dua mangsa parah dan sedang dirawat di hospital.

Dalam kejadian di Andrew Texas, sembilan yang maut itu ialah enam ahli pasukan golf lelaki dan wanita Universiti of Southwest College termasuk jurulatihnya serta kanak-kanak yang memandu pikap itu dan bapanya.

Naib Pengerusi NTSB, Bruce Landsberg memberitahu sidang akhbar bahawa pikap jenis Dodge 2500 2007 yang dipandu remaja berusia 13 tahun itu bertembung dengan van yang membawa pasukan golf Universiti of Southwest College.


(Naib Pengerusi NTSB, Bruce Landsberg/ Foto REUTERS)

Tayar hadapan kiri pikap dipandu kanak-kanak berkenaan yang juga tayar ganti dikatakan pecah mengakibatkan pemandunya hilang kawalan dan memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan van berkenaan.

"Pertembungan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbakar," katanya.

University of Souhtwest, di Hobbs, New Mexico, dalam satu kenyataan berkata vannya membawa sembilan orang, tujuh daripadanya meninggal dunia, dan berkata dua lagi berada dalam keadaan kritikal di hospital Texas.

Kanak-kanak berusia 13 tahun itu melanggar undang-undang Texas. Seorang pemastautin boleh mendapatkan permit pelajar di negeri itu bermula pada usia 15 tahun yang membolehkan mereka memandu dengan orang dewasa berlesen berumur lebih 21 tahun. - REUTERS

Media Baharu