fb fb fb fb fb

Gempa di Indonesia

FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 Januari - Gempa bumi dengan magnitud 5.1 berlaku di Jawa, Indonesia pada pukul 8:26 pagi tadi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada jarak 160km Barat Daya Sukabami dengan kedalaman 78km di bawah dasar laut.

Pusat gempa ditentukan berada pada koordinat 7.9° Selatan dan 05.9° Timur.

Untuk penilaian awal tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Media Baharu