DOHA, 17 Januari - Seorang bayi berusia tiga minggu meninggal dunia akibat COVID-19.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Awam, bayi itu mengalami gejala yang teruk serta disahkan tiada masalah kesihatan lain.
Ini merupakan kes kematian kedua membabitkan bayi di negara itu sejak pandemik bermula.
"Kematian kanak-kanak akibat virus tersebut sangat jarang berlaku di negara teluk. Qatar juga merekodkan peningkatan kes jangkitan dalam kalangan kanak-kanak sejak penularan varian Omicron.
"Kementerian Qatar berkata golongan muda secara amnya kurang berisiko mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk berbanding golongan yang lebih tua, namun sebilangan besar kanak-kanak dijangkiti dalam gelombang semasa ini dan memerlukan rawatan perubatan berbanding gelombang sebelumnya", menurut kenyaatan itu.
Sejak penularan pandemik itu, Qatar telah merekodkan hampir 300,000 kes jangkitan COVID-19 dan 600 kematian daripada 2.6 juta penduduk.
Beberapa minggu kebelakangan ini, negara itu mencatatkan turut peningkatan kes jangkitan COVID-19.