fb fb fb fb fb

Jurucakap kerajaan Somalia cedera dalam letupan berani mati

FOTO: AFP

MOGADISHU, 17 Januari - Seorang jurucakap kerajaan Somalia cedera dalam satu insiden letupan pengebom nekad di persimpangan jalan di ibu negara Mogadishu pada Ahad.

Saksi kejadian memberitahu jurucakap tersebut, Mohamed Ibrahim Moalimuu dilihat terbaring di atas jalan raya selepas letupan berkenaan.

Susulan letupan itu, badan pengebom nekad berkenaan dilihat bertaburan di atas tanah berhampiran kenderaan yang dinaiki Mohamed Ibrahim.

Beliau dikejarkan ke hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Kumpulan militan Al-Shabaab yang mempunyai kaitan dengan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab di atas serangan tersbeut.

Perdana Menteri Somalia, Mohammed Hussein Roble dalam satu kenyataan menyifatkan insiden pengeboman itu sebagai satu serangan keganasan yang kejam.

Kumpulan Al-Shabaab sebelum ini kerap melakukan serangan bom dan bersenjata ke atas pasukan keselamatan dan pegawai kerajaan Somalia sehingga menyebabkan kematian ke atas orang awam.

Media Baharu