ISTANBUL, 7 Februari-Kerajaan Turkiye pada Isnin mengisytiharkan tempoh berkabung tujuh hari berikutan kejadian gempa bumi kuat yang melanda negara itu dan Syria yang mengorbankan sekurang- kurangnya 2,600 nyawa.
Menurut Presidennya, Reccep Tayyip Erdogan dalam ciapan di Twitternya, tempoh berkabung nasional itu bermula pada Isnin sehingga Ahad ini.
Bendera negara akan dikibar separuh tiang sehingga matahari terbenam pada Ahad, 12 Februari di semua pejabat perwakilan negara dan asing.
Awal pagi Isnin, gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter melanda Kahramanmaras dan menjejaskan beberapa wilayah .
Ia adalah bencana terbesar di Turkiye sejak 1939, di mana sejumlah 2,818 bangunan dilaporkan runtuh dalam kejadian itu, setakat ini-AFP
(Presiden Turkiye, Reccep Tayyip Erdogan/FOTO AFP)