(Foto REUTERS)
SECOCHA, 7 Februari- Sekurang-kurangnya lapan orang maut manakala lima orang lagi hilang dalam kejadian tanah runtuh di bahagian selatan Arequipa, Peru.
Menurut laporan Pusat Operasi Kecemasan Kebangsaan Peru (COEN), kebanyakan jalan raya dan rumah rosak di sini akibat kejadian berkenaan.
"Banyak rumah tertimbus di bawah tanah. Kebanyakan rumah berada berdekatan antara satu sama lain," katanya.
Sementara itu, Datuk Bandar daerah Mariano Nicolas Valcarcel William Alvarado berkata, lebih 1,000 keluarga terjejas akibat tanah runtuh di sini.
COEN telah menetapkan amaran untuk tanah runtuh dan banjir di 268 kawasan kritikal.
Antaranya di Lima, Arequipa, Cusco dan Ayacucho.- REUTERS
(Foto REUTERS)