fb fb fb fb fb

Gempa bumi: Iran hulur bantuan kepada Syria

(Foto REUTERS)

DAMSYIK, 7 Februari- Sebuah pesawat Iran yang membawa bantuan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik, awal pagi ini.

Iran menghantar bantuan itu selepas gempa bumi mengorbankan lebih 1,000 rakyat Syria.

Video dari TV Syria menunjukkan pesawat berkenaan membawa 45 tan barangan bantuan, di atas landasan kapal terbang di sini.

Jurucakap TV Syria berkata beribu-ribu orang cedera dan kehilangan tempat tinggal ketika musim sejuk ini akibat insiden terbabit.

Terdahulu, gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter itu telah mengorbankan lebih 3,700 orang di seluruh kawasan Turkiye dan barat laut Syria.

Kejadian turut meruntuhkan seluruh blok pangsapuri di bandar-bandar Turkiye dan memusnahkan berjuta-juta tempat tinggal rakyat Syria. - REUTERS


(Foto REUTERS)

Media Baharu