WASHINGTON, 9 Julai - Presiden Donald Trump dijangka menghantar surat rasmi kepada Kesatuan Eropah (EU) dalam tempoh dua hari lagi bagi memaklumkan kadar tarif baharu ke atas eksport blok itu ke Amerika Syarikat.
Terdahulu, Trump mengumumkan 14 negara akan dikenakan tarif antara 25 peratus hingga 40 peratus – termasuk Malaysia, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan (25 peratus), serta Laos dan Myanmar (40 peratus).
Namun, pelaksanaan tarif ditangguh ke 1 Ogos, untuk memberi ruang tiga minggu kepada negara-negara terlibat berunding semula syarat perdagangan dasar AS.
Bagi Eropah, EU tidak menerima surat tarif baharu dari Washington buat masa ini.
Selain sedang berusaha untuk mendapatkan pengecualian daripada tarif asas 10 peratus yang dikenakan oleh AS. - REUTERS