fb fb fb fb fb

Kabus tebal di Buenos Aires, 30 penerbangan dibatalkan

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) menjangka keadaan berkabus akan berterusan sehingga pagi Rabu/gambar hiasan

BUENOS AIRES, 9 Julai – Kabus tebal yang melanda ibu negara Argentina menyebabkan lebih 30 penerbangan dibatalkan dan lebih 45 lagi tertangguh di Lapangan Terbang Ezeiza dan Jorge Newbery.

Gangguan itu berpunca daripada jarak penglihatan terhad yang menjejaskan operasi penerbangan dan pergerakan trafik di jalan raya.

Perkhidmatan Meteorologi Kebangsaan (SMN) menjangka keadaan berkabus akan berterusan sehingga pagi Rabu.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan mengelakkan perjalanan sekiranya tiada keperluan - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN