fb fb fb fb fb

Mogok terbesar pekerja kesihatan, dalam sejarah NHS UK

UNITED KINGDOM, 6 Februari - Pekerja kesihatan di Britain mengadakan mogok besar-besaran ekoran tidak berpuasti dengar kadar upah dengan memberi tekanan kepada Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) yang dikendalikan kerajaan.

Akhir tahun lalu tindakan mogok dilakukan secara berasingan, namun kali ini jururawat dan pekerja ambulans bergabung melakukannya.

Jururawat akan adakan mogok pada Selasa, manakala kakitangan ambulans pada hari Jumaat, ahli fisioterapi pada Khamis, menjadikan minggu paling sibuk dan terkesan dalam sejarah NHS, kata Pengarah Perubatannya Stephen Powis.

(FOTO REUTERS)

Pekerja kesihatan menuntut kenaikan gaji ekoran situasi inflasi terburuk di Britain sejak empat dekad lalu. - REUTERS

Media Baharu