fb fb fb fb fb

Gempa di Turkiye, lebih 500 maut beribu-ribu cedera

TURKIYE,6 Februari - Lebih 500 orang terbunuh dan beribu-ribu lagi dalam kejadian gempa bumi besar berukuran 7.8 magnitud di tengah Turkiye dan barat laut Syria.

Kejadian telah meruntuhkan bangunan dan usaha pencarian mangsa daripada runtuhan dijalankan.

Rakaman dron menunjukkan penyelamat di bandar Adana melakukan proses mencari melalui runtuhan bangunan.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 17.9 km.

Gegaran berlaku kira-kira seminit dan menyebabkan tingkap pecah, menurut saksi Reuters di Diyarbakir, 350 km (218 batu) ke timur.

Seorang pegawai keselamatan berkatam sekurang-kurangnya 17 bangunan runtuh.

(FOTO REUTERS)

Ia merupakan gempa bumi paling teruk di Turkiye sejak tahun 1999.

Gempa berlaku awal pagi itu, turut dirasai di Cyprus dan Lubnan. - REUTERS

Media Baharu