fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat landa Papua New Guinea

Foto USGS

SYDNEY, 28 November- Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud melanda utara Papua New Guinea hari ini.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa itu dikesan pada anggaran kedalaman 12 kilometer pada pukul 8.46 pagi waktu tempatan.

Gempa berkenaan tidak akan menyebabkan tsunami.

"Gempa bumi melanda kira-kira 20 kilometer (12 batu) di luar pantai, tidak jauh dari bandar Wewak, ibu kota Wilayah Sepik Timur negara pulau Pasifik itu," kata USGS menerusi kenyataan.

Menurut seorang pekerja hotel, Danny Seolo, gempa berkenaan bergegar selama seminit.

"Gempa itu tidak begitu kuat, tetapi ia bergoyang seperti berada di atas bot. Setakat ini, saya tidak melihat sebarang kerosakan, " katanya kepada AFP di sini.

Kejadian gempa bumi adalah perkara biasa di Papua New Guinea, yang terlepat pada Lingkaran Api Pasifik, kawasan yang sering berlaku aktiviti seismik akibat pergeseran plat tektonik. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM