fb fb fb fb fb

Gempa bumi kuat gegar Kamchatka, amaran tsunami dikeluarkan

FOTO GFZ Earthquake Explorer

KAMCHATKA, 13 September - Gempa bumi kuat berukuran magnitud 7.1 melanda berhampiran pantai timur wilayah Kamchatka, Rusia pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ).

GFZ melaporkan gegaran berlaku pada kedalaman 10 kilometer, manakala Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) mencatatkan magnitud lebih besar, 7.4, pada kedalaman 39.5 kilometer.

Sistem Amaran Tsunami Pasifik memberi amaran kemungkinan tsunami akibat gegaran itu.

Namun, di Jepun yang terletak di barat daya Semenanjung Kamchatka, tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini, lapor NHK memetik Agensi Meteorologi Jepun.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE