CAUCA, 13 September - Tujuh pelombong dilaporkan masih terperangkap pada kedalaman kira-kira 28 meter selepas sebuah lombong emas haram runtuh di Cauca, Colombia, sejak Khamis.
Keluarga mangsa hanya mampu melihat dengan penuh hiba ketika sebuah jentera penggali tunggal berusaha mengorek lumpur longgar bagi menyelamatkan mereka pada Jumaat.
“Kami perlukan lebih banyak jentera, tolong hantar jentera supaya dapat selamatkan anak-anak kami.
"Sekarang hanya ada satu mesin itu saja, tak cukup untuk selamatkan mereka tepat pada masanya,” rayu Ana Leida Velasco, ibu kepada salah seorang mangsa dengan penuh sebak.
Aktiviti perlombongan haram yang berleluasa di kawasan konflik seperti Cauca sering menjadi sumber rezeki penduduk, namun pada masa sama mendedahkan mereka kepada risiko besar.-REUTERS