KUALA LUMPUR, 31 Disember - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 skala Ritchter berlaku di Barat Papua, Indonesia pada 1.16 pagi waktu tempatan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi kenyataan memaklumkan, gempa dengan kedalaman 76 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 168 km Barat dari Jayapura, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada anacaman tsunami kepada Malaysia.
Semalam, MET melaporkan gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 tengah hari.
Gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.