KUALA LUMPUR, 30 Disember- Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 19 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km barat dari Simeulue.
Bagaimanapun, menurut penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.