fb fb fb fb fb

Tiga migran ditemui mati dalam bot di Sepanyol, 15 diselamatkan

Bot dipenuhi pendatang daripada sub-Sahara Afrika di temui di Kepulauan Canary/FOTO Fail AFP

MADRID, 31 Disember - Sekurang-kurangnya tiga ditemui maut dalam bot yang membawa 18 migran dekat luar Kepulauan Canary, Sepanyol, di luar pesisir pantai Barat Afrika, semalam.

Menurut jurucakap kecemasan kepulauan itu, 15 mangsa lagi berjaya diselamatkan daripada bot yang ditemui kira-kira 314 kilometer (km) dekat selatan pulau El Hierro.

Operasi menyelamat menggunakan helikopter ke El Hierro.

Mangsa yang terselamat bergelut dengan kelaparan dan hipotermia akibat cuaca yang sejuk serta tekanan suhu badan tidak normal.

Kepulauan Canary merupakan pulau Sepanyol di luar pantai barat laut Afrika, yang merekodkan jumlah ketibaan migran terbesar sejak tahun 2006.

Kebanyakan migran tanpa dokumen cuba merentasi perairan itu dari sub-Sahara Afrika. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN