fb fb fb fb fb

Gempa bumi gegar wilayah Masbate di tengah kepulauan Filipina

(Foto FB MetMalaysia)

MANILA, 16 Februari- Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala ritcher menggegarkan wilayah Masbate di tengah-tengah kepulauan Filipina.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi kuat dan cetek itu berpusat 11 kilometer dari kampung dekat Miaga di perbandaran Uson.

USGS turut memberi amaran tentang gegaran susulan dan kemungkinan berlaku banyak kerosakan.

Gempa bumi cetek cenderung menyebabkan banyak kerosakan berbanding gempa bumi lebih dalam.

Tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa dan amaran tsunami dikeluarkan, susulan gegaran itu.

Sementara itu, Ketua Polis Wilayah Masbate Rolly Albana berkata gempa tersebut agak kuat. Bagaimanapun, tiada laporan mengenai kesan gempa tersebut.

"Saya sedang tidur apabila kami digoncang dan terjaga.

Ketua Polis Uson, Kapten Reden Tolledo memaklumkan beberapa penduduk melarikan diri dari rumah mereka.

"Malah saya pergi ke luar kerana kemungkinan gempa susulan," kata Tolledo.

Pegawai bencana di perbandaran Dimasalang, Gregorio Adigue, berkata beliau turut merasai gegaran susulan yang kuat hampir sejam selepas gempa itu.

"Tetapi bangunan dan struktur lain di kawasan itu tidak terjejas, katanya.

"Nanti kami akan melawat sekolah di setiap kampung untuk meninjau bangunan mereka," kata Adigue.


(Foto hiasan)

Jabatan Pendidikan Masbate dilaporkan menangguhkan persekolahan berikutan gegaran susulan berterusan dirasai di wilayah itu.

Gempa bumi kerap kali berlaku di Filipina memandangkan ia terletak di 'Lingkaran Gunung Berapi Pasifik', iaitu sebuah zon aktif secara seismik di mana plat tektonik kerap bertembung, serta kegiatan gunung berapi yang meliputi Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.

Pejabat pertahanan awam negara kerap mengadakan latihan simulasi senario gempa bumi di bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Gempa kuat kali terakhir berlaku pada Oktober lalu di utara Filipina.

Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda bandar pergunungan Dolores di wilayah Abra, mencederakan beberapa orang, merosakkan bangunan dan memutuskan bekalan elektrik di kebanyakan wilayah itu.

Gempa bumi berukuran 7.0 magnitud di pergunungan Abra pada Julai lalu menyebabkan tanah runtuh , seramai 11 orang terkorban serta beberapa ratus orang cedera.-AFP

Media Baharu