MANILA, 9 Oktober - Gempa bumi bermagnitud 4.8 menggegarkan utara Filipina, pukul 10:30 pagi ini, waktu tempatan.
Jabatan seisimologi memaklumkan, pusat gempa dikesan di bandar Pugo dekat Baguio yang didiami kira-kira 366, 000 ribu penduduk.
Selain, menjangkakan berlaku kerosakan infrastruktur.
Susulan gempa terbaharu, Datuk Bandar Baguio, Benjamin Magalong mengarahkan agar sekolah menengah dan rendah di bandar itu ditutup.
Penduduk yang dihubungi agensi berita AFP pula memaklumkan, para pekerja bergegas keluar dari bangunan pejabat sebaik merasakan gegaran.
Sementara itu, angka korban gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 yang melanda wilayah Cebu, tengah Filipina, minggu lepas meningkat kepada 74, dengan 1,058 yang lain cedera.
Dalam kejadian itu, lebih 72,000 rumah turut musnah. -AFP