TAIPEI, 24 Disember - Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda daerah pesisir tenggara Taitung, Taiwan, pada Rabu dan Agensi Bomba Kebangsaan Taiwan mengesahkan, tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima setakat ini.
Menurut Pentadbiran Cuaca Taiwan, gegaran gempa yang berlaku pada kedalaman 11.9 kilometer itu, turut dirasai di ibu negara Taipei, menyebabkan bangunan bergoyang.
Pengeluar cip terkemuka Taiwan, Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) pula memaklumkan, paras gegaran tidak mencapai tahap yang memerlukan pemindahan kilang-kilangnya di seluruh negara.
Taiwan terletak berhampiran pertemuan dua plat tektonik dan sering dilanda gempa bumi.
Pada tahun 2016, lebih 100 orang terbunuh akibat gempa di selatan Taiwan, manakala gempa berukuran 7.3 magnitud pada 1999 mengorbankan lebih 2,000 nyawa.- REUTERS