fb fb fb fb fb

Gempa bumi 5.5 magnitud landa Oaxaca, Mexico

FOTO HIASAN

MEXICO CITY, 15 Mac- Satu gempa bumi bermagnitud 5.5 melanda negeri selatan Mexico, Oaxaca, pada petang Jumaat, menurut pihak berkuasa Mexico dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa tersebut berlaku berhampiran bandar San Miguel Achiutla pada kedalaman 64 km (40 batu), kata USGS.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum, memaklumkan di platform X bahawa tiada kerosakan dilaporkan setakat ini, manakala Gabenor Oaxaca menyatakan dalam satu kenyataan bahawa protokol kecemasan telah diaktifkan.

Gegaran itu turut mencetuskan penggera seismik di Mexico City, menyebabkan penduduk bergegas keluar ke jalanan buat seketika.- REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE