MANILA, 9 Januari- Gempa bumi berukuran 6.7 magnitud menggegarkan Lautan Pasifik berdekatan luar pantai Filipina, awal pagi tadi.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) tiada amaran tsunami, kerosakan serta kecederaan buat masa ini.
Gempa itu berlaku kira-kira 100 kilometer dari Sarangani, Pulau Selatan Mindanao pada kedalaman 70 kilometer.
Gempa bumi kerap kali berlaku di Filipina memandangkan ia terletak di 'Lingkaran Gunung Berapi Pasifik', iaitu sebuah zon aktif secara seismik di mana plat tektonik kerap bertembung, serta kegiatan gunung berapi yang meliputi Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.
Bagaimanapun, kebanyakan gegaran yang berlaku sangat kecil dan tidak dapat dirasai.
Disember lalu gempa bumi berukuran 7.6 magnitud melanda Pulau Mindanao, mencetuskan amaran tsunami dan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang maut.
Sementara itu, gempa bumi berukuran 6.9 magnitud turut melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 4.48 pagi.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan gempa berlaku pada jarak 93 kilometer utara Pulau Talaud, Indonesia, pada kedalaman 99 kilometer.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia