NEW DELHI, 9 Januari - Mahkamah Tinggi India memerintahkan 11 banduan kes rogol berkumpulan seorang wanita di negeri Gujerat pada 2002 kembali dipenjarakan.
Mangsa, Bilkis Bano berusia 21 tahun serta dua orang anaknya terselamat ketika rusuhan kaum pada 2002 antara penganut agama Islam dan Hindu.
Rusuhan itu menyebabkan lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam terbunuh.
Bilkis pada ketika itu hamil tiga bulan menjadi mangsa rogol beramai-ramai.
Manakala tujuh daripada 14 orang lagi ahli keluarganya turut dibunuh dalam rusuhan itu termasuk anak perempuannya yang berusia tiga tahun.
Sebelum ini, 11 banduan terbabit dibebaskan pada Ogos 2022 selepas kerajaan Gujerat memberikan pengampunan kepada mereka.
Bagaimanapun, mahkamah di New Delhi memanggil semula kesemua mereka ke penjara dalam tempoh dua minggu ini.
"Rayuan mereka untuk dibebaskan ditolak. Ia selaras dengan kedaulatan undang-undang," kata Mahkamah Tinggi India semalam.
Serangan rusuhan itu berlaku pada 2002 ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi menjadi Ketua Menteri di Gujerat. - AFP