fb fb fb fb fb

Gempa 6.1 magnitud gegarkan Sulawesi Utara



JAKARTA 22 Januari- Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan wilayah Sulawesi Utara di tengah Indonesia hari ini tanpa amaran tsunami dikeluarkan, agensi berita Xinhua memetik Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Gempa bumi berlaku pada jam 9.26 pagi waktu tempatan (0226 GMT), dengan pusat gempa terletak 39 kilometer (km) tenggara bandar Melonguane di daerah Talaud pada kedalaman 12 km di bawah dasar laut, kata agensi itu.

Sementara itu, Xinhua turut melaporkan gempa bumi dengan magnitud 6.0 menggegarkan 231 km tenggara Sarangani, Filipina pada 02:26:13 GMT hari ini.

Menurut United States Geological Survey, pusat gempa, dengan kedalaman 23.99 km pada awalnya ditentukan pada 3.6951 darjah utara latitud dan 126.6747 darjah timur longitud.- BERNAMA

Media Baharu