fb fb fb fb fb

Seorang polis maut dalam insiden tembakan di New York

FOTO AP



NEW YORK, 22 Januari- Seorang pegawai Jabatan Polis New York NYPD terbunuh dan seorang lagi cedera parah selepas menerima panggilan gangguan domestik.

Seorang suspek turut terbunuh dalam kejadian tembakan yang berlaku di Harlem itu.

Menurut seorang pegawai keselamatan yang enggan namanya disiarkan, satu panggilan diterima kira-kira pukul 5 petang daripada seorang ibu yang memerlukan bantuan berkaitan anaknya.

Tiga pegawai bertindak balas ke lokasi iaitu pangsapuri tingkat bawah di 135th Street.

Ketika seorang pegawai bercakap dengan wanita tersebut di ruangan hadapan, dua lagi pegawai pergi ke bilik belakang di mana anak lelaki itu berada, dan ketika itulah tembakan kedengaran, kata pegawai itu.

Pegawai yang meninggal dunia berusia 22 tahun dan telah bertugas sejak November 2020 manakala pegawai yang cedera, 27 tahun, telah bertugas selama empat tahun.

Alat rakaman polis merakamkan beberapa adegan huru-hara, termasuk seorang pegawai menjerit meminta bantuan dan seorang lagi pegawai memberitahu bahawa dua pegawai telah ditembak.

Bangunan tersebut terletak di blok antara dua jalan Harlem yang ikonik: Malcolm X Boulevard dan Adam Clayton Powell Jr. Boulevard.

Ini merupakan kes ketiga dalam tempoh empat hari pegawai NYPD berdepan insiden tembakan ketika bertugas. - AP

Media Baharu