fb fb fb fb fb

Tentera Myanmar hukum mati bekas ahli parti Suu Kyi

 

FOTO AFP



YANGON, 22 Januari- Tribunal tentera Myanmar menjatuhkan hukuman mati kepada seorang anggota parti pimpinan Aung San Suu Kyi yang digulingkan atas kesalahan keganasan pada Jumaat, kata junta dalam satu kenyataan.

Myanmar berada dalam keadaan huru-hara sejak rampasan kuasa pada Februari, dengan lebih 1,400 terbunuh akibat kekerasan berikutan perbezaan pendapat, menurut kumpulan pemantau tempatan.

Penentang Junta, termasuk sekutu parti Liga Demokrasi Kebangsaan NLD dan aktivis telah bersembunyi di seluruh negara, manakala penduduk kampung mengangkat senjata, membentuk militia tempatan untuk mempertahankan diri.

Dalam satu kenyataan, junta berkata Phyo Zeyar Thaw, anggota NLD yang ditahan pada November, dijatuhi hukuman mati atas kesalahan di bawah akta anti keganasan.

Aktivis demokrasi terkemuka Kyaw Min Yu atau lebih dikenali sebagai "Jimmy", turut menerima hukuman yang sama daripada tribunal tentera.

Junta sudah menjatuhkan hukuman mati kepada puluhan aktivis antirampasan kuasa sebagai sebahagian tindakan keras terhadap perbezaan pendapat biarpun Myanmar tidak melaksanakan hukuman mati selama beberapa dekad lalu.

Phyo Zeyar Thaw atau nama sebenarnya Maung Kyaw, ditahan di sebuah apartmen atas maklumat orang ramai.

Dia telah dituduh mendalangi beberapa serangan ke atas pasukan rejim, termasuk tembakan kejam di sebuah kereta api komuter di Yangon pada Ogos yang mengorbankan lima anggota polis.

Beliau dipilih ke parlimen daripada parti NLD dalam pilihan raya 2015 yang membawa kepada peralihan pemerintahan awam.

Sementara, Kyaw Min Yu, yang menjadi terkenal ketika pemberontakan pelajar Myanmar 1988 telah ditangkap dalam serbuan pada Oktober. - AFP

Media Baharu