fb fb fb fb fb

Gelombang haba ekstrem landa sebahagian Eropah

EROPAH, 15 Julai - Suhu panas melampau terus melanda dan berlanjutan di sebahagian kawasan di United Kingdom

Pejabat Meterologi Britain pada Jumaat isytihar darurat negara, dengan mengeluarkan amaran Haba Melampau merah untuk beberapa bahagian di England.

Menurut kenyataan pejabat itu, suhu panas luar biasa kemungkinan besar berlaku pada Isnin dan sekali lagi pada Selasa depan.

Waktu malam juga berkemungkinan sangat panas untuk United Kingdom, terutamanya di kawasan bandar.

Sekali gus berkemungkinan membawa kepada kesan yang meluas ke atas manusia dan infrastruktur.

Suhu tertinggi pernah direkodkan di Britain ialah 38.7 darjah celcius yang direkodkan di Taman Botani Universiti Cambridge pada 25 Julai 2019.

Awal minggu ini badan Agensi Keselamatan Kesihatan UK dan Pejabat Metereologi mengeluarkan amaran kesihatan haba tahap 3 untuk beberapa bahagian negara, yang memerlukan perkhidmatan sosial dan penjagaan kesihatan tambahan untuk melindungi mereka yang berisiko.

Amaran merah, tahap 4, ditakrifkan di sebagai gelombang haba sangat teruk dan/atau berpanjangan sehingga kesannya meluas di luar sistem penjagaan kesihatan dan sosial.

Pada tahap ini, penyakit dan kematian mungkin berlaku di kalangan yang cergas dan sihat, dan bukan hanya dalam kumpulan berisiko tinggi.

(FOTO FAIL/REUTERS)

 

Di Eropah juga, sebahagian kawasan ketika ini dilanda gelombang haba ekstrem yang boleh memecahkan rekod suhu paling panas di seluruh benua.

Di Sepanyol , bacaan suhu meningkat melebihi purata untuk bulan Julai malah sudah mencecah 47 darjah celsius di Ourense, utara Sepanyol.

Sementara itu di selatan Eropah, kebakaran hutan dan rumah yang dahsyat melanda Perancis, Sepanyol dan Portugal dan Croatia dengan ratusan penduduk cuba menyelamatkan kediaman dan haiwan mereka.

Kebimbangan itu semakin memuncak di Balkan apabila musim kemarau berpanjangan melanda Greece dan Bulgaria.

Gelombang panas turut melanda sebahagian China dan Amerika Syarikat.

Jurucakap Pertubuhan Meteorologi Dunia, memaklumkan selain Portugal dan Sepanyol, gelombang haba itu berkemungkinan merebak ke tempat lain.

Media Baharu