TURIN, 15 Julai - Di Itali suhu terik dan kemarau terburuk dalam tempoh 70 tahun menjadikan sungai terpanjang di negara itu hampir kering.
Sungai Po, yang merentasi sejauh lebih 650 kilometer dari barat ke timur merentasi utara negara itu, mengalami kesan melampau akibat kekurangan salji musim sejuk ditambah pula dengan pembakaran awal musim panas.
(FOTO REUTERS)
Itali mengisytiharkan darurat di sepanjang sungai itu yang menyokong kira-kira satu pertiga daripada pengeluaran pertanian negara itu.
Bulan Julai direkodkan sebagai suhu paling panas sejak 1800, dengan suhu dijangka meningkat lagi minggu depan. - REUTERS