BAITULMAQDIS, 1 Februari - Pemotongan pembiayaan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mungkin memaksa penutupan operasi di seluruh rantau itu sehingga akhir Februari ini.
Beberapa negara penderma utama kepada UNRWA berkata, mereka akan menggantung pembiayaan selepas Israel mendakwa 12 kakitangan agensi mengambil bahagian dalam serangan ke atas Gaza pada 7 Oktober tahun lalu.
Ketua UNRWA, Philippe Lazzarini, berkata, sekiranya pembiayaan masih digantung, kemungkinan besar mereka terpaksa menutup operasi kemanusiaan pada akhir Februari ini yang mana bukan sahaja di Gaza tetapi di seluruh wilayah.
Beberapa penderma utama agensi itu termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jerman menghentikan pembiayaan kepada UNRWA yang menjadi nadi usaha kemanusiaan di Gaza.
Kira-kira separuh daripada penderma utama UNRWA telah menghentikan pembiayaan mereka yang memberi bantuan kepada penduduk Palestin bukan sahaja di Gaza tetapi Baitulmaqdis Timur di Tebing Barat, Jordan, Lubnan, dan Syria.