fb fb fb fb fb

Ford kurangkan 3,800 pekerja di Eropah untuk kurangkan kos

PARIS, 15 Februari- Pengeluar kereta Amerika Syarikat (AS), Ford mengumumkan akan mengurangkan 3,800 tenaga kerjayanya di Eropah, kebanyakannya di Britain dan Jerman, ketika persaingan dalam sektor kereta elektrik semakin sengit.

Syarikat itu berkata 2,300 jawatan dalam pembangunan produk dan fungsi pentadbiran akan dikurangkan di Jerman, 1,300 di Britain dan 200 lagi di bahagian lain di Eropah dalam tempoh tiga tahun akan datang.

"Ini adalah keputusan yang sukar, dan ia tidak dipandang ringan," kata Martin Sander, pengurus besar Ford Model e di Eropah.

"Kami mengiktiraf ketidakpastian yang ditimbulkan untuk pasukan kami, dan saya memberi jaminan kepada mereka bahawa kami akan menawarkan sokongan penuh kami kepada mereka pada bulan-bulan mendatang," kata Sander.

Syarikat itu berkata keputusan itu bertujuan untuk menggiatkan semula perniagaannya di Eropah dan bersaing secara Mengulas lanjut, menguntungkan dengan barisan kenderaan penumpang baharu.

"Syarikat itu sedang mengambil tindakan untuk menyusun semula perniagaannya di Eropah, mewujudkan struktur kos yang lebih berkesan dan berdaya saing," kata Ford.

Syarikat itu meengakui penurusannya bertindak balas kepada keadaan pasaran yang berubah dengan pantas dan bidang pesaing kenderaan elektrik yang semakin meningkat.

Pemotongan tenaga kerja di Jerman adalah lebih rendah daripada 3,200 pemberhentian kerja yang dijangkakan oleh kesatuan IG Metall pada bulan Januari.

Namun, kesatuan sekerja juga terus memberi trend pemberhentian pekerja menunjukkan bahawa dalam era pendigitalan dan globalisasi yang semakin meningkat, bukan hanya pekerjaan pemasangan dan pengeluaran yang bakal terjejas tetaapu turut melibatkan pekerjaan bidang berkemahiran tinggi

Kesatuan British Unite berkata pemotongan jumlah pekerja di Britain merupakan satu lagi amaran yang jelas bahawa peralihan kepada elektrifikasi memerlukan peralihan  adil yang memerlukan pelaburan dan perancangan jangka panjang daripada pembuat kereta dan strategi perindustrian yang betul daripada kerajaan.

 
(FOTO FAIL AFP)

"Ini termasuk memastikan bateri kenderaan elektrik dibina di Britain, bersama dengan rantaian bekalan yang berpangkalan di negara itu dalam sistem pemacu kuasa elektronik dan memastikan pembangunan domestik dan pembuatan sistem pemanduan autonomi," kata satu kenyataan kesatuan, lapor agensi berita PA. .


Mengulas lanjut, Ford berkata pengurangan pekerja akan dilakukan melalui pelepasan sukarela dan  organisasi kejuruteraan sekitar 3,400 jawatan akan dikekalkan di Eropah yang memfokuskan pada reka bentuk dan pembangunan kenderaan.

Syarikat kereta gergasi AS itu mengumumkan ribuan pemberhentian pekerjaan di Amerika Syarikat dan India tahun lepas.

Ford mencatat kerugian AS$2 bilion.

Seperti pesaingnya, Ford telah melabur banyak dalam kenderaan elektrik, memperkenalkan versi bebas pelepasan kereta terlaris seperti trak pikap siri F. -AFP

Media Baharu