fb fb fb fb fb

Pharrell Williams dilantik pengarah kreatif koleksi pakaian lelaki LV

PARIS, 15 Februari- Jenama fesyen, Louis Vuitton mengumumkan pelantikan artis hip-hop Pharrell Williams sebagai pengarah kreatif koleksi pakaian lelaki jenama itu yang baharu.

"Louis Vuitton berbesar hati mengalu-alukan Pharrell sebagai Pengarah Kreatif Lelaki baharunya berkuat kuasa serta-merta," kata jenama terkenal itu dalam satu kenyataan.

Williams mengisi kekosongan jawatan penting itu sejak kematian penyandangya, pereka fesyen terkemuka Amerika Syarikat (AS), Virgil Abloh akibat kanser pada November 2021.

Lelaki berusia 49 tahun itu ialah bintang terkenal dalam dunia muzik, dengan 13 Grammy dan dua pencalonan Oscar, dan telah menjadi pemain di barisan hadapan pertunjukan fesyen selama bertahun-tahun.

Pharrell Williams adalah seorang yang berwawasan  merangkumi daripada muzik kepada seni fesyen, mengukuhkan dirinya sebagai ikon  sejagat sejak 20 tahun lalu," kata rumah fesyen itu, sebahagian daripada konglomerat mewah LVMH.

Koleksi pertamanya untuk Louis Vuitton akan dipersembahkan pada bulan Jun semasa Minggu Fesyen Lelaki di Paris, tambahnya.

"Saya gembira melihat Pharrell kembalisebagai pengarah kreatif baharu untuk lelaki, selepas kerjasama kami pada 2004 dan 2008 untuk Louis Vuitton," kata ketua eksekutif rumah fesyen itu, Pietro Beccari.


(Pharrell William/AFP)

"Visi kreatifnya melangkaui fesyen tanpa ragu akan membawa Louis Vuitton ke arah lembaran baharu yang sangat menarik," katanya.

Jualan Louis Vuitton telah melonjak sejak pandemik COVID-19, dengan syarikat itu kini bernilai lebih daripada A$20 bilion,  meletakkan pemilik syarikat induknya LVMH, Bernard Arnault, orang terkaya di dunia. -AFP

Media Baharu