fb fb fb fb fb

Filipina tutup sekolah, tangguh dagangan akibat Ribut Tropika Trami

Foto REUTERS

MANILA, 23 Oktober- Filipina menggantung operasi kerajaan, menutup sekolah dan bank pusat selain terpaksa menghentikan perdagangan mata wang asing berikutan Ribut Tropika Trami, yang melanda ke Luzon.

Peramal cuaca negeri Pag-asa berkata, pusat Trami dianggarkan berada pada 180 kilometer dari pusat bandar Virac di wilayah Catanduanes.

Dalam pada itu Pag-asa juga memberi amaran berikutan angin kencang, hujan lebat dan ribut di bandar-bandar pantai dalam laluan taufan.

Kerajaan juga terpaksa memindahkan penduduk di sepanjang laluannya.

Ribut Tropika Trami membawa hujan lebat serta angin berkelajuan 85 kph (53 mph).

Bagaimanapun bank pusat Filipina pada Rabu menggantung dagangan mata wang dan operasi monetari.

Sementara itu, agensi terlibat dalam pasukan keselamatan bencana dan perkhidmatan penting kekal beroperasi, kata pejabat presiden.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI