fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak antara 18 terbunuh, selepas serangan Israel

Bangunan roboh selepas serangan Israel berhampiran Hospital Universiti Rafik Hariri/ REUTERS

BEIRUT, 23 Oktober- Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh, termasuk empat kanak-kanak, manakala 60 yang lain cedera dalam serangan Israel berhampiran Hospital Universiti Rafik Hariri di Beirut, kata kementerian kesihatan pada Selasa.

Jet Israel menyasarkan ke kawasan berhampiran hospital berkenaan.

Bagaimanapun, pengarah hospital Jihad Saadeh memaklumkan serpihan daripada serangan berkenaan menyebabkan kerosakan pada kemudahan perubatan.

Walaupun tiada kemalangan jiwa dalam kalangan kakitangan, usaha menyelamatkan orang ramai di hadapan hospital masih diteruskan, tambah Jihad Saadeh.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI