TEL AVIV, 23 Oktober - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa pemimpin Israel berusaha mencapai persetujuan gencatan senjata di Gaza pada Selasa.
Selain membenarkan lebih banyak akses bantuan masuk ke Gaza.
Blinken berada di sini bagi mengadakan perbincangan mengenai usaha itu.
Semasa perbincangan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Baitulmaqdis, Blinken mendesak agar lebih banyak bantuan dibenarkan masuk ke wilayah Palestin.
Washington turut memberi amaran akan menggantung beberapa bantuan ketenteraannya, jika Israel tidak membenarkan akses bantuan kemanusiaan segera masuk ke Gaza.-AFP