fb fb fb fb fb

Tanah tercemar punca kematian monyet di Zoo Hong Kong

Sebahagian daripada Zoo Hong Kong ditutup selepas 11 monyet mati akibat melioidosis/ REUTERS

HONG KONG, 23 Oktober- Seekor lagi monyet mati di Zoo Hong Kong selepas 11 yang lain mati akibat melioidosis pada minggu lalu, kata pihak berkuasa.

Ia merupakan jangkitan kuman, yang boleh menjejaskan manusia dan haiwan.

Monyet yang dijangkiti telah dikuarantin dalam sangkar berasingan. Spesies monyet yang mati termasuk De Brazza, monyet tupai biasa, tamarin dan saki bermuka putih.

Zoo berkenaan telah menutup bahagian mamalia sejak 14 Oktober lalu, apabila pihak berkuasa melaporkan kematian monyet berkenaan.

Bagaimanapun kerajaan mengambil tindakan dengan menutup bahagian itu selain menyediakan alat perlindungan serta melakukan pemantauan kesihatan untuk kakitangan yang menjaga haiwan tersebut.

"Keadaan kesihatan 78 mamalia lain adalahnormal," kata Jabatan Perkhidmatan Kebudayaan dan Rekreasi Hong Kong.

Kini ujian sedang dilakukan ke atas monyet ke-12 untuk mengetahui punca kematian.

Namun bedah siasat pada minggu lalu menemukan sejumlah besar bakteria menyebabkan melioidosis dalam organ monyet. Ia berkemungkinan berasal dari tanah berhampiran habitat monyet, kata pihak berkuasa.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI