fb fb fb fb fb

Kim Jong Un periksa pangkalan peluru berpandu, senjata balistik

Foto AFP/KCNA melalui KNS

SEOUL, 23 Oktober- Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un memeriksa pangkalan peluru berpandu strategik, kata media kerajaan pada Rabu.

Lawatan Kim dilakukan beberapa hari selepas agensi perisik Korea Selatan berkata Pyongyang telah menghantar penempatan tentera "berskala besar" ke Rusia untuk memerangi Ukraine.

Perkara itu dilihat mengukuhkan pakatan ketenteraan Pyongyang yang dipertikaikan dengan Moscow.

Kim "meneliti kesediaan untuk tindakan pencegahan strategik berkaitan secara langsung dengan keselamatan negara", lapor Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Foto media kerajaan menunjukkan Kim berdiri di hadapan peluru berpandu balistik antara benua Hwasong-18, memakai jaket kulit hitam.

Dia juga bergambar bersebelahan dengan peluru berpandu hipersonik.

Kim memeriksa "fungsi penting dan keupayaan kemudahan berkaitan pelancaran di pangkalan peluru berpandu", kata KCNA.

Kim yang ditemani kakaknya Kim Yo Jong turut memuji pasukan peluru berpandu negara itu dalam usaha menjaga kedaulatan negara.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI