fb fb fb fb fb

New Delhi mula diselubungi asap tebal

Asap tebal menyelubungi New Delhi/ AFP

NEW DELHI, 23 Oktober- Pembakaran jerami oleh petani di India menyebabkan ibu negara itu diselubungi asap tebal.

Pemantau menyifatkan tindakan itu sangat berbahaya terhadap penduduk di India khususnya. Namun petani melakukan tindakan berkenaan sebagai persediaan sebelum memasuki musim menanam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, asap daripada pembakaran berkenaan mengandungi mikrozarah yang boleh mnjadi penyebab kanser.

Ia dikenali sebagai bahan pencemar PM2.5 kerana mudah memasuki aliran darah melalui paru-paru. Bagi setiap meter padu yang direkodkan, ia mengandungi bahan pencemar melebihi 344 mikrogram.

Menurut firma pemantau IQAir, New Delhi berada dalam senarai pencemaran udara "berbahaya" dan meletakkannya sebagai yang terburuk di dunia.

Menurut pakar kesihatan, asap tebal berkenaan turut meragut beribu-ribu nyawa setiap tahun.

Namun New Delhi diselubungi asap tebal setiap tahun, terutamanya disebabkan pembakaran jerami biarpun tindakan itu diharamkan oleh pihak berkuasa.

Di negeri Haryana beberapa petani ditahan kerana membakar jerami.

Selain itu, pencemaran udara juga dijangka bertambah buruk, terutama semasa perayaan Deepavali.

Dalam usaha mengekang perkara tersebut New Delhi mengeluarkan 'larangan sepenuhnya' ke atas semua pembakaran mercun sempena sambutan berkenaan.

Bagaimanapun usaha kerajaan setakat ini dilihat tidak memberikan kesan dalam menyelesaikan masalah pencemaran udara negara itu.

Menurut kajian dalam jurnal perubatan Lancet di India, dapatan itu mengaitkan 1.67 juta kematian pramatang pada 2019 berpunca daripada pencemaran udara.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI