MANILA, 16 April - Filipina berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 1.8 tan metrik dianggarkan bernilai AS$230 juta (RM1 bilion) dalam pencarian sebuah van di wilayah Batangas, selatan Manila.
Presiden Ferdinand Marcos berkata polis turut menahan suspek yang merupakan pemandu van tersebut.
Marcos menyifatkan rampasan syabu itu merupakan yang terbesar di Filipina.
Bagaimanapun tidak dijelaskan sama ada ia merupakan nilai rekod atau kuantiti dadah.
Menurut Marcos ketika operasi rampasan tiada kematian dan cedera dilaporkan selain ia tidak melibatkan sebarang pertempuran senjata.
"Kami melakukan operasi dengan penuh berhati-hati. Bagi saya, itulah pendekatan yang betul yang harus menjadi pendekatan dalam memerangi sindiket dadah," katanya.
Ujarnya, polis Filipina kini sedang giat mengesan ketua sindiket pengedaran dadah terbabit memandangkan dadah itu tidak diproses di negara itu. - AFP