fb fb fb fb fb

Fenomena awan berputar dirakam di Omaha

FOTO REUTERS

OMAHA, 19 April- Fenomena awan berputar dirakam di ruang udara kawasan perumahan di Omaha, Nebraska ketika kejadian beberapa puting beliung yang melanda timur Nebraska dan barat Iowa pada petang Khamis lalu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS), ribut petir yang melanda membawa angin kencang mencecah kelajuan 225 kilometer sejam dengan sekurang-kurangnya enam puting beliung dilaporkan terbentuk.

Beberapa puting beliung itu mencapai kekuatan kategori EF3 berdasarkan skala Enhanced Fujita (EF) dan menyebabkan kerosakan pada kediaman serta beberapa bangunan lain, meskipun hanya berada di permukaan tanah untuk tempoh singkat.

Pakar kaji cuaca memaklumkan ribut tersebut berpunca daripada pergerakan satu sistem luruan sejuk yang merentasi negeri berkenaan, sekali gus meninggalkan keadaan cuaca lebih dingin selepas kejadian. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA