fb fb fb fb fb

Fenomena awan berbentuk UFO di Myanmar

FOTO REUTERS

NAYPYIDAW, 12 Mei- Awan berbentuk seperti objek terbang tidak dikenali atau UFO mengejutkan penduduk di Myanmar apabila ia terbentuk di ruang udara berhampiran kediaman mereka pada 21 April lalu.

Fenomena unik itu dirakam menerusi sebuah video yang memaparkan formasi awan jenis lentikular, menyerupai kapal angkasa makhluk asing dan disinari cahaya matahari dari belakang.

Menurut penduduk tempatan, mereka tidak pernah melihat formasi awan seumpama itu sebelum ini dan menyifatkannya sebagai luar biasa.

"Saya tak pernah lihat awan seperti ini sebelum ini. Saya sangka ia kapal angkasa makhluk asing," ujar perakam video.

Awan lentikular lazimnya terbentuk apabila udara lembap bertiup merentasi kawasan pergunungan mewujudkan gelombang atmosfera yang membentuk struktur seperti kanta.

Walaupun kelihatan aneh, fenomena itu adalah kejadian meteorologi semula jadi yang sering dikaitkan dengan mitos UFO. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA