fb fb fb fb fb

Fenomena ‘Beaver Moon’ terangi langit Amerika Latin

FOTO REUTERS

CARACAS, 6 November - Fenomena bulan penuh terakhir paling hampir dengan bumi tahun ini, dikenali sebagai “Beaver Moon”, memukau penduduk dan pelancong di seluruh rantau Amerika Latin.

Fenomena itu, yang juga merupakan supermoon paling hampir bagi tahun ini, berlaku apabila bulan penuh berada pada kedudukan paling dekat dengan bumi, menjadikannya kelihatan lebih besar dan lebih terang daripada biasa.

Nama “Beaver Moon” berasal daripada aktiviti haiwan berang yang meningkat pada sekitar waktu ini setiap tahun, ketika haiwan itu sibuk membina tempat perlindungan menjelang musim sejuk.

Secara purata, tiga hingga empat supermoon berlaku setiap tahun. Supermoon terakhir bagi tahun 2025 dijangka muncul pada 4 Disember depan.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE