fb fb fb fb fb

FDA lulus penggunaan vaksin Spikevax

FOTO AFP

WASHINGTON, 1 Februari - Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat telah memberi kelulusan penuh untuk vaksin COVID-19 keluaran Moderna Spikevax.

Pemanku Pesuruhjaya FDA, Janet Woodcock dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa vaksin itu memenuhi standard tinggi yang ditetapkan dari segi keselamatan, keberkesanan dan kualiti pengeluaran.

Kelulusan penuh untuk vaksin Moderna adalah bagi kegunaan terhadap individu berusia 18 tahun ke atas. -AFP

Media Baharu