COPENHAGEN, 1 Februari - Sub varian Omicron, lebih mudah menjangkiti berbanding varian asal.
Kajian oleh pihak berkuasa Denmark (SSI) mendapati, sub varian BA.2 atau dikenali sebagai "Stealth Omicron" dikesan awal tahun ini.
Ia telah menggantikan varian asal, BA.1, sebagai varian dominan di negara itu.
Individu yang dijangkiti sub varian BA.2 mempunyai kadar setinggi 39 peratus untuk menjangkiti orang lain yang tinggal serumah dalam tempoh seminggu.
Ia juga lebih mudah menjangkiti individu yang belum menerima vaksinasi. -AFP