fb fb fb fb fb

Taufan Muifa badai pantai timur China, 1.6 juta penduduk dipindahkan

(Ombak besar akibat Taufan Muifa di sepanjang pantai Hangzhou di
wilayah Zhejiang timur China pada 14 September 2022/Foto AFP)

SHANGHAI, 16 September- Angin kencang dan hujan lebat melanda pantai timur China, selepas dibadai Taufan Muifa.

Ia memaksa kira-kira 1.6-juta penduduk meninggalkan kediaman masing-masing.

Daripada jumlah itu, 426,000 penduduk dipindahkan di Shanghai dan 1.2 juta lagi ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Zhejiang.

Kebanyakkan penerbangan di lapangan terbang utama Shanghai, turut dibatalkan.

Menurut laporan agensi berita Xinhua, Muifa yang membawa kelajuan angin sehingga 82km sejam, membadai kawasan pesisir Qingdao, kira-kira pukul 12 tengah malam tadi.

Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Banjir turut berlaku di beberapa kawasan di sepanjang Delta Sungai Yangtze dan tanah runtuh dilaporkan di Ninghai dan Zhejiang.-AFP

(Seorang pekerja membersihkan serpihan dari kaki lima selepas
taufan Muifa melanda Shanghai pada 15 September 2022/Foto AFP)

Media Baharu