BERLIN, 8 Ogos – Canselor Jerman Friedrich Merz pada Jumaat mengumumkan penggantungan eksport peralatan ketenteraan ke Israel yang boleh digunakan di Semenanjung Gaza susulan keputusan Kerajaan Israel untuk memperluas operasi di wilayah pantai itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).
“Kerajaan Jerman masih amat bimbang terhadap penderitaan berterusan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” kata Merz dalam kenyataan.
“Dengan serangan yang dirancang, Kerajaan Israel memikul tanggungjawab yang lebih besar berbanding sebelum ini untuk membekalkan bantuan kepada penduduk awam di semenanjung itu,” katanya lagi. -BERNAMA-dpa