KENYA, 9 Ogos - Sekurang-kurangnya 21 maut apabila perjalanan pulang rombongan dari upacara pengkebumian bertukar tragedi selepas bas dinaiki mereka terbabas di Kisumu.
Insiden berlaku sehari selepas Kenya digemparkan dengan nahas pesawat ambulans udara yang terhempas di Nairobi meragut enam nyawa serta kemalangan tren dan bas membunuh lapan orang.
Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku apabila bas dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke laluan bertentangan, kata Komander Trafik Wilayah Kisumu.
Mangsa terdiri daripada 10 wanita, 10 lelaki dan seorang kanak-kanak.
Manakala lima cedera parah termasuk bayi lapan bulan yang kini dirawat di hospital berhampiran.
Punca kemalangan masih disiasat, namun lokasi kejadian dikenal pasti sebagai laluan berisiko tinggi yang sering mencatatkan nahas maut di negara Afrika Timur itu. - AFP