WASHINGTON, 9 Ogos – Angkasawan Amerika Syarikat, Jims Lovell, yang mengetuai misi Apollo 13 pada 1970 meninggal dunia pada usia 97 tahun.
Menurut NASA, Lovell menghembuskan nafas terakhir pada Khamis di pinggir bandar Chicago dan menyifatkannya sebagai tokoh yang menginspirasi jutaan orang di seluruh dunia.
Riwayat angkasawan itu juga hampir berakhir dengan tragedi akibat letupan tangki oksigen ketika penerbangan di angkasa
Lovell lahir pada 25 Mac 1928 di Cleveland, Ohio, dan menyertai NASA pada awal 1960-an.
Lovell turut terlibat dalam beberapa misi penting, termasuk Gemini 7 dan Gemini 12, selain Apollo 8 yang merupakan misi pertama manusia mengorbit Bulan. - AFP