fb fb fb fb fb

Jepun kenang 80 tahun tragedi bom atom Nagasaki

Detik bertafakur di Taman Peringatan Keamanan Nagasaki.

NAGASAKI, 9 Ogos - Jepun memperingati ulang tahun ke-80 peristiwa pengeboman di Nagasaki, dengan Perdana Menteri Shigeru Ishiba menegaskan komitmen negara itu untuk mewujudkan dunia bebas senjata nuklear.

Dalam upacara di Taman Peringatan Keamanan Nagasaki hari ini, Ishiba menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terkorban dan mereka yang masih menderita akibat serangan tersebut. Beliau berkata Jepun akan terus berpegang pada 'Three Non-Nuclear Principles' serta memimpin usaha antarabangsa bagi mencegah peperangan nuklear.

Beliau turut menyeru negara berkuasa nuklear dan bukan nuklear supaya mengamalkan semangat dialog dan kerjasama menjelang Persidangan Semakan Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT) tahun depan.

Pada 9 Ogos 1945, bom plutonium “Fat Man” yang dijatuhkan Amerika Syarikat memusnahkan sebahagian besar Nagasaki, meragut kira-kira 27,000 nyawa daripada 200,000 penduduk. Tahun ini, wakil 95 negara termasuk AS, Israel dan Rusia menghadiri upacara bersejarah tersebut.

TUN JULIA MOHD TAHIR